KETERANGAN GAMBAR

PESERTA KURSUS PENINGKATAN PROFESIANALISMA GURU-GURU DAN PPM PENDIDIKAN KHAS PPD KUALA KRAI 1/200 DI CAMERON HIGHLAND PADA 2 - 5 NOV 2009

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, December 4, 2009

PENGURUSAN MURID PENDIDIKAN KHAS



AHMAD BIN LATIP
PENYELIA PELAJARAN KANAN
UNIT PENDIDIKAN KHAS
JABATAN PELAJARAN KELANTAN

PENGENALAN
Perkhidmatan kanak – kanak kurang upaya adalah tanggungjawab tiga kementerian iaitu Kementerian Kesihatan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Pendidikan bagi kanak – kanak tersebut dikendalikan oleh dua Kementerian iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
§

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga
dan Masyarakat menyediakan perkhidmatan pendidikan kepada kanak – kanak yang menghadapi masalah :-
oCacat fizikal teruk,
oRencatan akal sederhana dan teruk,
oPelbagai kecacatan dan
oKecacatan yang tidak membolehkan kanak–kanak tersebut belajar di sekolah- sekolah yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

§Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan perkhidmatan pendidikan untuk murid berkeperluan khas yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran dan pembelajaran serta murid pemulihan khas. Kategori kanak – kanak bermasalah pembelajaran ( BP ) di bawah tanggungjawab Kementerian Pelajaran Malaysia adalah seperti berikut :
oSindrom Down,
oAustisme ringan,
oAttention Deficit Hyperactivity Disorder,
oTerencat akal minimum dan
oBermasalah pembelajaran spesifik contoh Disleksia

§Pendidikan yang diberi menekankan kepada perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek supaya murid – murid ini boleh mendapat pendidikan keperingkat yang tertinggi bagi membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan dan hidup berdikari.


§Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan melalui :-
oSekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran dan pembelajaran (menengah).
oProgram Pendidikan Khas Integrasi untuk murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. Program ini diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif.

§
Program Sekolah Pendidikan Khas ditadbir sepenuhnya oleh Bahagian Pendidikan Khas manakala Program Pendidikan Khas Integrasi dan Program Pemulihan Khas ditadbirkan sepenuhnya oleh Jabatan Pelajaran Negeri. Program Pendidikan Khas Integrasi Teknik dan Vokasional pula ditadbirkan oleh Bahagian Pendidikan Khas bertanggungjawab terhadap perkara – perkara yangt berkaitan dengan dasar dan pengisiannya.

Tempoh belajar minimum bagi murid – murid berkeperluan khas di sekolah rendah adalah enam tahun.
§Tempoh belajar minimum bagi murid – murid berkeperluan khas di sekolah menengah adalah lima tahun.
§Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga 2 tahun maksimum di mana – mana peringkat iaitu sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah mengikut keperluan murid berkenaan (Pekeliling Ikhtisas Bil.16/2002).

PENDIDIKAN RENDAH
§Syarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia ialah :-
q Berumur 6+ hingga 14+ tahun
q Disahkan oleh pengamal perubatan dan
q Boleh menguruskan diri tanpa bantuan orang lain
§Semua sekolah rendah pendidikan khas bermasalah pendengaran dan penglihatan menawarkan aliran akademik dan menggunakan Kurikulum Kebangsaan. Murid – murid ini akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah semasa di Tahun Enam. Kemudahan – kemudahan yang disediakan di sekolah rendah pendidikan khas termasuklah asrama dan makan minum percuma dan bantuan kewangan RM150 sebulan (bagi mereka yang berdaftar sebagai OKU)

§Murid – murid berkeperluan khas yang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi boleh mengikuti kurikulum kebangsaan atau kurikulum alternatif. Bagi murid – murid bermasalah pendengaran atau bermasalah penglihatan mereka menggunakan kurikulum kebangsaan manakala murid – murid bermasalah pembelajaran menggunakan kurikulum alternatif. Mereka yang berkemampuan untuk mengikuti kurikulum kebangsaan akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

PENDIDIKAN MENENGAH
Syarat kemasukan murid ke peringkat menengah Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia :-
oBerumur 12+ hingga 19+ tahun,
oDisahkan oleh pengaml perubatan,
oBoleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain
§Murid bermasalah pendengaran dan penglihatan mengikuti pendidikan menengah aliran akademik di sekolah menengah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi atau di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang atau Sekolah Menengah Pendidikan Khas Setapak. Mereka akan menduduki Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) seperti murid di arus perdana. Manakala murid bermasalah pembelajaran akan mengikuti pendidikan di Program Pendidikan Khas Integrasi menengah dan penilaian dibuat berdasarkan pencapaian mereka di peringkat sekolah.

§Selepas Tingkatan 3,murid ini diberi peluang untuk membuat pilihan untuk meneruskan pelajaran dalam bidang akademik atau vokasional. Bagi murid bermasalah penglihatan pula mereka akan meneruskan pelajaran dalam bidang akademik dan akan menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan seterusnya mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bagi mereka yang layak. Murid – murid berkeperluan khas yang memilih aliran akademik boleh meneruskan pelajaran ke sekolah menengah pendidikan khas atau ke sekolah menengah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi.

Pendidikan Teknik dan Vokasional
Murid – murid bermasalah pendengaran yang memilih aliran vokasional atau elektif mata pelajaran vokasional (MPV) boleh meneruskan pelajaran di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Program Pendidikan Khas Integrasi Menengah atau Sekolah Menengah Teknik.
§Pendidikan Teknik dan Vokasional di Program Pendidikan Khas. Sehingga kini terdapat tiga Sekolah Menengah Pendidikan Khas yang menawarkan kursus kemahiran vokasional iaitu Sekolah Menengah Pendidikan Khas Perseketuan Pulau Pinang yang menawarkan elektif mata pelajaran vokasional (MPV), manakala Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam, menawarkan kursus (MLVK) Latihan Industri, Sijil Kemahiran Malaysia(SKM) dan Kursus Seni bagi Sijil Pendidikan Khas Vokasional (SPKV) dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Indahpura, menawarkan elektif mata pelajaran vokasional (MPV) bagi masalah pendengaran dan MLVK Latihan Industri Sijil Kemahiran Malaysia bagi murid bermasalah penglihatan.

MAKLUMAT UNTUK IBU/BAPA/PENJAGA
1.Bagi tujuan pendaftaran dan pengeluaran kad kenal diri Orang Kurang Upaya (OKU), sila bawa anak/penama terus ke Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah secepat mungkin selepas menerima borang ini. Bawa bersama :-
qSalinan Borang Pendaftaran dan Cadangan Penempatan Kanak – kanak Keperluan Khas yang telah lengkap diisi oleh Pegawai Perubatan, ditandatangani dan dicop oleh Pegawai Perubatan / Pakar Perubatan yang memeriksa.
qDua (2) salinan fotostat Kad Pengenalan atau Salinan Kelahiran bagi yang belum mempunyai Kad Pengenalan.
qEmpat (4) keping gambar anak berukuran saiz kad pengenalan.

2.Bagi tujuan pendaftaran dengan Jabatan Pendidikan, sila hantar satu salinan borang ke Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan secepat mungkin :-
Jabatan Pendidikan Negeri akan :-
qMengambil maklum tentang pendaftaran anak anda untuk tujuan penempatan persekolahannya.
qSekiranya anak anda didaftarkan sebelum berumur 5 tahun, tuan / puan akan dihubungi oleh pihak Jabatan Pendidikan untuk cadangan penempatan semasa ia berumur 5 tahun.
qSekiranya tidak dihubungi, setelah anak berumur 5 tahun, sila berhubung dengan Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri masing – masing.

Sila pastikan satu salinan borang ini disimpan dengan baik dan dibawa bersama setiap kali membuat urusan berkaitan anak anda.
SILA AMBIL LANGKAH 1 DAN 2 SEKIRANYA PERLU MENDAFTAR DENGAN JABATAN KEBAJIAN MASYARAKAT DAN JABATAN PENDIDIKAN.
PERHATIAN : GUNAKAN BPKKK 1 (Pindaan 2003) APABILA MEMOHONPENEMPATAN

KEMUDAHAN DAN KEISTIMEWAAN YANG DISEDIAKAN BAGI OKU
1.
Bantuan alat tiruan / sokongan
2.Bantuan geran pelancaran
3.Elaun Pekerja Cacat (EPC)
4.Latihan perindustrian dan pemulihan perubatan di PLPP Bangi
5.Jagaan dan pemulihan di Institusi Taman Sinar Harapan
6.Pemulihan di pusat pemulihan dalam komuniti
7.Penempatan kerja di bengkel terlindung
8.Perkhidmatan kaunseling dan nasihat
9.Kemudahan pendidikan di sekolah khas yang menyediakan kelas khas kepada kanak–kanak kurang upaya penglihatan, pendengaran dan pembelajaran.
10.
Elaun bulanan RM150.00 kepada kanak–kanak yang mengikuti kelas pendidikan khas / PDK
11.Elaun bulanan sebanyak RM300.00 di IPTA
12.Mendapat pelepasan cukai pendapatan
13.Pengecualian cukai jalan / bayaran lesen memandu
14.Kemudahan potongan tambang 50% bagi penerbangan MAS, KTM, Syarikat Bas Transnasional
15.Kemudahan rumah kos rendah di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
16.Pengecualian bayaran rawatan perubatan
17.Pengecualian bayaran dokumen perjalanan (Pasport Antarabangsa)
18.Kemudahan peluang pekerjaan di sektor swasta
19.Potongan duti eksais 50% untuk pembelian kereta dan motosikal nasional .
20.Kemudahan alat ganti OKU
21.Pencen terbitan kepada anak-anak OKU
22.Kemudahan sewa percuma TELEKOM

ELAUN MURID KHAS (EMK)
Mulai Mac 2009, Elaun Murid Khas (EMK) telah diperkenalkan.
2.Peruntukan RM150 sebulan dalam tahun yang sama.
3.Bayaran sekali setahun ikut tarikh pendaftaran murid/pelajar.
4.Pihak sekolah menghantar borang maklumat (LAMPIRAN A) ke Unit Pendidikan Khas, JPN seperti berikut :-
4.1 Permohonan 31 Januari sebelum 7 Februari
4.2 Permohonan 30 Jun sebelum 7 Julai
4.3 Permohonan 30 September sebelum 7 Oktober

No comments:

Post a Comment