KETERANGAN GAMBAR

PESERTA KURSUS PENINGKATAN PROFESIANALISMA GURU-GURU DAN PPM PENDIDIKAN KHAS PPD KUALA KRAI 1/200 DI CAMERON HIGHLAND PADA 2 - 5 NOV 2009

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, December 4, 2009

ISU-ISU SEMASA PENDIDIKAN KHAS - EN CHE DAUD B HARUN


ISU-ISU SEMASA PENDIDIKAN KHAS
Oleh : En Che Daud b Harun
Ketua Unit Pendidikan Khas JPN Kelantan
5 Disember 2009 ( Sabtu)
8.00 - 10.00 pagi

1. Pengumuman Cikgu Soupi ( PKPK PKBP SK Pasir Gajah ) sebagai penyelia Pendidikan Khas PPD Kuala Krai.
2. Pembentukan Majlis Pemuafakatan PIBG PKBP.
3. Pembinaan PRI.
4. Memperkasakan kurikulum pendidikan khas selain kokurikulum.
5. Setiap pekeliling ikhtisas berkaitan Pendidikan Khas perlu ada dlm fail.
6. Sukatan dan Huraian Sukatan Pelajaran mesti difahami dan diambil kira.
7. Aktiviti yang melibatkan semua sekolah / Program PKBP perlu diperkasakan. Dlm aktiviti sekolah, penglibatan bersama murid normalmesti dilakukan. Aktiviti di peringkat daerah dan negeri akan diperkasakan mulai 2010.
8. Program peringkat negeri yg memperuntukkan Kelantan sebagai tuan rumah; semua warga pendidikan mesti melibatkan diri.
9. Wakil daerah akan dilibatkan dalam Majlis Pemaufakatan PIBG peringkat negeri.
10 Guru yang bermasalah ( cthnya ingkar arahan penyelaras / PKPK ) akan dikenakan tindakan disiplin.
11. Faktor keselamatan semasa program yang terpaksa membawa murid keluar dari kawasan sekolah mesti mesti diberi perhatian. Pastikan kenderaan yang membawa murid mesti mempunyai insuran dan lain-lain perkara yang perlu. Pihak sekolah mesti menyediakan kenderaan yang sewajarnya; cthnya bas sekolah. Penggunaan kenderaan sendiri tidak digalakkan.
12. Isu PCG ( Geran Perkapita Murid) ; berbeza mengikut jenis pendidikan khas ; pekak, buta / PKBP. Peruntukan PCG perlu diketahui oleh PKPK/Penyelaras dan guru-guru pendidikan khas. Sebarang keperluan menggunakan PCG mesti mengikut cara yag sepatutnya; ada kertaskerja. Hubungan yang baik dgn pentadbir perlu kerana dlm keadaan tertentu, sumber kewangan lain boleh disalurkan kpd PKBP ( dgn inisiatif pentadbir). Hubungan baik warga pendidikan khas dengan pentadbir perlu sangat diujudkan
13. Penanda aras pencapaian program PKBP perlu dikenalpasti. NGO atau agensi yang berkaitan perlu dilibatkan untuk mencapai objektif perancangan. (Nok tersohor bidang gapa?)
14. Aktiviti walkaton PKBP boleh dirancang dengan kerjasama semua pihak.
15. Perkasakanprogram PKBP dengan menggunakan media massa; cthnya siarkan aktiviti yang dijalankan dlm suratkhabar SinarHarian.

Pertanyaan:
1. SMK SYP 2
Pertanyaan : Penggunaan PCG Pendidikan Khas untuk tujuan selain program PKBP.
Jawab: PCG pendidikan khas boleh digunakan untuk tujuan lain seperti utk membeli kertas,bayar bilapi/letrikdan seumpamanya.

2. SMK SYP1 - Pn Haslizia bt Ramli.
Pertanyaan : PPM yang digunakan untuk kerja-kerja di pejabat selepas waktu pejabat.
Jawapan : Situasi ini berlaku kerana salah tafsiran pd peringkat awal. Ianya berlaku diseluruh negara. Pada mesyuarat bil4 /2008 Bahagian Pendidikan Khas, perkara 3.11 PPM terikat dengan arahan dar semasa ke semasa. Pada mesyuarat tersebut telah diadakan undian dan 38/6 bersetuju supaya PPM tidak diberikan tugas-tugas di pejabat sekolah. Memandangkan PPM bertugas 8.30 - 4.30, selepas waktu persekolahan PPM dibolehkan menjalankan tugas-tugas di pejabat sekolah.

3. SMK SYP2
Pertanyaan : Jika PPM tidak rehat bolehkan mereka balk awal.
Jawapan : Waktu kerja PPM mesti 8.30 - 4.30 ptg. Waktu bekerja ini boleh diubahsuai / fleksibel bergantung kepada perundingan dengan pentadbir.

4. SK Lata Rek - En Muhammad Hairil b Mat
Pertanyaan : Adakah ada peruntukan untuk pembelian alat-alat terapi atau untuk mewujudkan pusat terapi peringkat daerah.
Jawapan : Pusat kidmat Pendidikan Khas SKPK Lati, Pasir Mas ada disediakan kemudahan terapi. Permohonan boleh dibuat untuk menggunakan kepakaran pegawai di Pusat Khidmat Pendidikan Khas di SKPK Lati. Pegawai berkenaan mungkin boleh membuat lawatan untuk terapi di sekolah yang memerlukan. Kerjasama HUSM mungkin boleh digunakan. Dapatkan nombor telefon pegawai yang berkenaan dari Unit Pendidikan Khas JPN Kelantan. Tiada peruntukan untuk membeli alat terapi di PKBP.
En Nik Azman 013-9206401 - Pegawai Pusat Khidmat Pendidikan Khas.

5. OKU cacat pendengaran tidak seharusnya ditempatkan terus di SKPK Lati, Pasir Mas. Mungkin mereka boleh mendengar sedikit-sedikit dan masih boleh mengikuti kelas di PKBP. Dapatkan khidmat kepakaran di Pusat Khidmat Pend. Khas untuk memastikan kelayakan murid berkenaan.

6. SK Telkong - Cg Erne Fauzana bt Jusoh
Pertanyaan : Pembinaan PKBP di SK Telkong. Dairi JPN perlu diteruskan penerbitan.Kejasama antara warga pendidikan khas perlu dimantapkan lagi.
Jawapan: Peruntukan tiada. InsyaAllah tahun depan ( 2010). Jika ada peruntukan, penerbitan dairy akan diusahakan. Pendidikan tiada peruntukan khusus, kecuali untuk pembayaran elaun-elaun guru dan murid. Banyakkan aktiviti yang melibatkan semua pihak.

7. SMK PAHI - Cg Wan Mat Isa b Wan Yusoff
Pertanyaan: Apakah ada penghargaan kepada pelajar yang menunjukkan prestasi yang cemerlang sama ada kurikulum atau ko kurikulum.?
Jawapan : SM di Kelantan ada 22 buah PKBP dan 1 masalah pendengaran. Sehingga kini pencapaian dari segi kurikulum kurang memberangsangkan. Pencapaian yang sederhana baik di salurkan ke SMPK di Pula Pinang dll.
Majlis anugerah kecemerlangan Pendidikan Khas boleh diadakan. Ada murid SMPK yang mencapai anugerah diperingkat antarabangsa. Unit Pendidikan Khas JPN Kelantan menyokong untuk diadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Khas.

8. SMK Keroh
Pertanyaan : Adakah kuaters guru boleh digunakan untuk dijadikan kelas pendidikan khas.
Jawapan : Tidak dibenarkan, peruntukan akan digunakan untuk pembinaan bangunan baru atau naik taraf bangunan tertentu.


No comments:

Post a Comment