KETERANGAN GAMBAR

PESERTA KURSUS PENINGKATAN PROFESIANALISMA GURU-GURU DAN PPM PENDIDIKAN KHAS PPD KUALA KRAI 1/200 DI CAMERON HIGHLAND PADA 2 - 5 NOV 2009

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, December 3, 2009

Pengurusan Ko Kurikulum Pend Khas - En Nilman b Othman

EN NILMAN B. HJ.OTHMAN@SEMAN
PENOLONG PENGARAH
UNIT PENDIDIKAN KHAS
SEKTOR PENDIDIKAN SWASTA/KHAS
JABATAN PELAJARAN KELANTAN


CABARAN
1. Silap tafsir tentang kokurikulum
2. Bidang kegiatan kokurikulum yang luas
3. Kandungan kokurikulum
4. Sumber kewangan yang terhad
5. Kemudahan dan kepakaran

MASALAH
1. Dasar dan matlamat tidak jelas.
2. Aktiviti kurang menarik
3. Keahlian tidak diselaraskan.
4. Rekod dan pelaporan tidak lengkap.
5. Kurang penyeliaan dari pihak pentadbir sekolah.
6. Kehadiran murid tidak memuaskan.
7. Gagal menguruskan alatan kokurikulum mengikut kehendak Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2/1991



Kk merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang terancang. Gerak kerja ini merupakan lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Oleh itu aktiviti-aktiviti kokurikulum dapat menyediakan peluang kepada pelajar untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang telah dipelajari di bilik darjah.
Buku Penerangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah, Dewan Bahasa dan Pustaka (1992) m.s.11

HAKIKAT KO KURIKLUM

1. Kokurikulum adalah sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan.
“Kurikulum Kebangsaan” ialah suatu program pendidikan yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan, untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.
Subperaturan 3(1) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997.

2. Kokurikulum adalah aktiviti kependidikan yang perlu dilaksanakan secara terancang dan berkesan seperti juga aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang lain

3. Kegiatan kokurikulum mestilah mengandungi elemen-elemen pendidikan yang menjadi teras kepada pembangunan keintelektualan dan kemanusiaan murid.

4. Aktiviti kokurikulum mestilah dilaksanakan seperti aktiviti kurikulum yang merangkumi lima fasa teras iaitu:
i) perancangan
ii) pelaksanaan
iii) pemantauan
iv) penilaian
v) penambabaikan

5. Kokurikulum hendaklah dilaksanakan untuk membantu merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan dasar-dasar negara, khususnya untuk melahirkan warganegara cemerlang.

6. Setiap kegiatan atau aktiviti kokurikulum hendaklah mempunyai kurikulum yang jelas dan berkembang selaras dengan pembangunan jasmani dan mental murid.

7. Kegiatan kokurikulum wajib mewujudkan peluang dan galakan kepada murid mencapai kecemerlangan dan kegemilangan dalam bidang yang diceburinya.


KONSEP KOKURIKULUM
1. Sbhg integrasi kurikulum sekolah
2. Diambil kira dlm. perancangan kurikulum pengajaran, operasi + pengalaman
3. M’mberi pengalaman yg X diperolehi di b/ darjah
4. 1 ranc. P +P yg. b’bentuk kegiatan pend. untuk semua murid, termasuk murid istimewa.
5.Perkembangan mental, minat, bakat, jasmani + sosial
6.Perkembangan secara bersepadu, seimbang + harmonis
7.Menepati FPK

PERANAN KO KURIKULUM
1.Kokurikulum + pendidikan negara
2.Kokurikulum dan perpaduan negara
3.Kokurikulum dan tenaga rakyat
4.Kokurikulum dan disiplin

FUNGSI KOKURIKULUM
1. Pengukuhan dan pengayaan pembelajaran.
2. Perkembangan diri.
3. Berekreasi.
4. Perkembangan utk kerjaya.
5. Berkhidmat utk masyarakat.

RASIONAL KO KURIKULUM
1.Kesinambungan dan kesepaduan potensi
2.Perkembangan minat dan bakat
3.Didik dan mendidik diri sendiri
4.Sekolah sbg institusi pendidikan
5.Pendidikan sbg tanggungjawab bersama

MATLAMAT KOKURIKULUM
1. PERKEMBANGAN JERI
2. INTERAKSI & INTEGRASI
3, PENINGKATAN MINAT, BAKAT & KEMAHIRAN
4. PENGUKUHAN & PENGKAYAAN
5. PENGISIAN MASA LAPANG
6. PENINGKATAN DISIPLIN
7. PENINGKATAN SUASANA SEKOLAH
8. PENINGKATAN PENGLIBATAN MASYARAKAT

DASAR PELAKSANAAN
1. Akta Pendidikan 1996 dan akta-akta berkaitan
2. Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kur. Keb. ) 1997 + (Persatuan Sekolah) 1998
3. SPIKPM
4. Surat-surat siaran dari JPN/PPD/Sekolah
5. Buku-buku panduan
6. Buku Perkhidmatan Awam

PEKELILING 1/85
1. Status menyertai GKK di sekolah adalah wajib
2. 3 Bidang GKK - wajib sertai ketiga-tiga bidang
3. Penyertaan semua guru
4. GKK boleh ditambah berdasarkan minat dan kemudahan
5. Jenis GKK diluar bilik darjah boleh diperbanyakkan
6. Mempunyai rekod penyertaan dan penghargaan/insentif
7. Keselamatan murid perlu diambil kira-insurans
8. GKK mesti diurus secara sistematik (Perancangan, Pengelolaan, Penilaian, Peruntukan dll)
9. Menwujudkan jawatankuasa bimbingan pelajar sekolah (JBPS)
10.Peluang dibuka kepada komuniti membantu menjayakan GKK

SKOP KEGIATAN
1. Persatuan /kelab
2. Sukan dan Permainan
3. Pasukan Pakaian Seragam
4. Kegiatan Yang ditentukan oleh YB Menteri

PERUNTUKAN MASA ; SEKOLAH RENDAH
Tahun 5 & 6 - 120 minit seminggu
Tahun 3 & 4 - 60 minit seminggu
Warta Kerajaan bertarikh 28 Disember 1967, Jil. 11/Bil. 27, No. 5652

PERUNTUKAN MASA ; SEKOLAH MENENGAH
Tingkatan Peralihan, 1-3 & 6 - 180 minit seminggu
Tingkatan 4 & 5 Sastera/Perdagangan /SRT - 180 minit seminggu
Tingkatan 4 & 5 Sains/Pertanian - 140 minit seminggu
Tingkatan 4 & 5 Teknik - 100 minit seminggu
Warta Kerajaan bertarikh 28 Disember 1967, Jil. 11/Bil. 27, No. 5652

Penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum adalah wajib. Sehubungan itu kehadiran pelajar dalam aktiviti kokurikulum mestilah direkodkan.
{Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 11986, KP. (BS)8591Jld.(41) bertarikh 15 Jan 1986 }.

ISU-ISU
1. semangat patriotisme yang rendah
2. integrasi kaum 50:30:20
3. kelemahan Bahasa Inggeris
4. dasar 60:40
5. meritokrasi
6. kemerosotan Disiplin
7. kes Juvana
8. kes Dadah
9. pengasingan pelajar
10.kokurikulum tidak menjamin kerjaya
11.desakan ibu bapa terhadap kecemerlangan

INDIKATOR PELAKSANAAN BERKESAN…
1.Tahap Kemenjadian Murid
2.Tahap Penyungguhan Murid.
3.Peningkatan Masa Berkualiti Di Sekolah.

KONSEP 8P – fokus Strategik
1. Peningkatan dalam kemahiran mengurus
2. Peningkatan dalam kemahiran bermain/bersukan
3. Peningkatan dalam daya kepemimpinan AJK
4. Peningkatan dalam pingat/piala yang dimenangi
5. Peningkatan dalam penganjuran pelbagai aktiviti yang efektif
6. Peningkatan dalam semangat kesukanan, daya saing dan daya juang
7. Peningkatan dalam minat dan bakat pelajar
8. peningkatan dalam penyertaan pelajar





No comments:

Post a Comment