KETERANGAN GAMBAR

PESERTA KURSUS PENINGKATAN PROFESIANALISMA GURU-GURU DAN PPM PENDIDIKAN KHAS PPD KUALA KRAI 1/200 DI CAMERON HIGHLAND PADA 2 - 5 NOV 2009

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, December 3, 2009

PENGURUSAN & ELAUN MURID PENDIDIKAN KHAS


PENGURUSAN DAN ELAUN PENDIDIKAN KHAS
En Che Daud b Che Harun
Ketua Unit Pendidikan Khas JPN Kelantan

-Baru berjumpa dgn GB PPd KKrai di Yt Midtown K Terengganu - beri taklimat dan bincang permasalahan pendidikan khas.
-Program Korban Perdana seharusnya dihadiri oleh semua warga pendidikan khas. Gambaran persepakatan warga pendidikan khas.
-Komen dari GB - Program baru dikendalikan oleh guru baru. Kerjasama semua pihak perlu untuk menjayakan program yang dirancang.
-Hasil pemantauan di sekolah; ada carta alir organisasi tapi kurang diperkasakan.
-En Soupi akan jadi PK Pendidikan Khas di Program Pendidikan Khas Pasir Gajah. Tahniah!.
-Bidang pendidikan khas juga menjanjikan kenaikan pangkat.

Jawatankuasa Pendidikan Khas
Sekolah perlu menubuhkan satu Jawatankuasa Pendidikan Khas bagi tujuan memantapkan pengurusan dan pentadbiran program pendidikan khas di sekolah.

Jawatankuasa Pendidikan Khas ( sekolah dengan Perjawatan Penolong Kanan Pendidikan Khas)
Mesti bermesyuarat sekurang-kurangnya 4 kali setahun)
Penasihat : Pengetua / Guru Besar
Pengerusi : Penolong Kanan Pendidikan Khas
Setiausaha : Guru Pendidikan Khas
Bendahari : Guru Pendidikan Khas
AJK : Guru Kaunseling / Bimbingan
Semua Guru Pendidikan Khas
Guru Pemulihan Khas
Semua PPM

Jawatankuasa Pendidikan Khas ( Sekolah Tanpa Perjawatan Penolong Kanan Pendidikan Khas)
Mesti bermesyuarat sekurang-kurangnya 4 kali setahun)
Penasihat : Pengetua / Guru Besar
Pengerusi : Penolong Kanan Pentadbiran
Naib Pengerusi : Penyelaras Pendidikan Khas
Setiausaha : Guru Pendidikan Khas
Bendahari : Guru Pendidikan Khas
AJK : Guru Kaunseling / Bimbingan
Semua Guru Pendidikan Khas
Guru Pemulihan Khas
Semua PPM

Jawatankuasa Ko Kurikulum Pendidikan Khas ( Sekolah Tanpa Perjawatan Penolong Kanan Pendidikan Khas)

Penasihat : Pengetua / Guru Besar
Pengerusi : Penolong Kanan Ko Kurikulum
Naib Pengerusi : Penyelaras Pendidikan Khas
Setiausaha : Guru Pendidikan Khas
Bendahari : Guru Pendidikan Khas
AJK : Penyelaras Sukan Aliran Perdana
Penyelaras Ko Kurukulum Aliran Perdana
Semua Guru Pendidikan Khas
Semua PPM

Jawatankuasa Disiplin Pendidikan Khas ( Sekolah dengan Perjawatan Penolong Kanan Pendidikan Khas)

Penasihat : Pengetua / Guru Besar
Pengerusi : Penolong Kanan Ko Kurikulum
Naib Pengerusi : Penyelaras Pendidikan Khas
Setiausaha : Guru Pendidikan Khas
Bendahari : Guru Pendidikan Khas
AJK : Guru Disiplin Aliran Perdana
Semua Guru Pendidikan Khas
Semua PPM

Perjawatan Guru Pendidikan Khas
Perjawatan guru pendidikan khas adalah satu perjawatan khusus dan tidak termasuk dalam perkiraan bilangan guru asas sekolah.
Perkiraan perjawatan guru pendidikan khas adalahseperti berikut:
Jumlah Guru Pendidikan Khas = Blangan kelas x 1.5 guru
Jawatan Guru Pendidikan Khas adalah satu jawatan sepenuh masa dan tidak boleh digunakan sebagai guru ganti di kelas aliran perdana.
Bilangan Kelas Pendidikan Khas = Jumah Murid / 6.5 murid

Dr Noraini dari Kuala Krai pernah berbincang dgn Ketua Unit tentang penempatan murid ke Program Pendidikan Khas - masalah murid slow leaner.
HUSM perlu digunakan untuk diagnosis murid slow leaner.

Perjawatan Penolong Kanan Pendidikan Khas.

Perjawatan Penolong Kanan Pendidikan Khas ( DG 44) utk Prog Pend. Khas Integrasi Menengah dan Perjawatan Penolong Kanan PendidikanKhas ( DG 3) utk Prog Integrasi Rendah telah diluluskan pd th 2008.
Kelayakan perjawatan tertakluk kpd syarat yg ditentukan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Pelajaran Malaysia
- 4 kelas ( rendah)
- 6 kelas ( menengah )

Perjawatan Penyelaras Pendidikan Khas
Penyelaras Pend. Khas ( utk sek tanpa perjawatan Pen. Kanan Pend. Khas ) dilantik secara dalaman dikalangan guru pend. khas oleh pihak pentadbiran sekolah ? JPN berpandukan beberapa kriteria berikut:
- Kemahiran dan Pengetahuan dlm bidang pend. khas.
- Perwatakan
- Komitmen dan kesungguhan
- Kekananan ) sesiorti)
- Sokongan dari guru pend khas yg lain.
- sokongan dari pihak pentadbiran sekolah.

Cadangan nama guru pend khas yang akan dilantik menjadi penyelaras pend khas hendaklah ...

Penyelaras lama perlu diganti dgn penyelaras baru dgn sebab-sebab berikut:
- Tidak mampu melaksanakan bidang tugas dan bertanggungjawab.
- Tidak mematuhi arahan/ pekeliling.
- Mendapat aduan bertulis dari guru-guru ( terutama guru pend. khas ) atau pentadbir sekolah atau ibubapa / penjaga atau pihak luar dan apabila disiasat didapati aduan itu benar.

Perjawatan Pembantu Pengurusan Murid(PPM) N17
Perjawatan PPM Pend Khas telah diluluskan oleh Bahagian Sumber Manusia pd th 2007.Diluluskan secara berperingkat.

Bayaran Elaun PPM
Fungsi utama PPM - membantu guru berkaitan hal ehwal murid.
Syarat Kelayakan:
-PPM yg bertaraf lantikan tetap / kontrak
-PPM yg menjalankan tugas secara langsung dgn murid berkeperluan khas di asrama dan sekolah seperti berikut:
i) Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas; dan
ii) Sekolah-sekolah KPM yang terlibat dengan Program Pendidikan Khas Integrasi.
- Bayaran BIPPM boleh terus dibayat semasa cuti penggal persekolahan dengan syarat PPM masih berkhidmat dlm tempoh tersebut.
-Pemberian BIPPM hendaklah diberhentikan kepada pegawai mengikut tempoh cuti yang diambil oleh pegawai seperti berikut:
i) Cuti tanpa gaji ( termasuk cuti belajar tanpa gaji)
ii) Cuti separuh gaji ( termasuk cuti belajar separuh gaji)
iii) Cuti rehat melebihi 28 hari berturut-turut
iv) Cuti haji melebihi 28 hari berturut-turut
v) Cuti sakit melebihi 28 hari berturut-turut
vi) Cuti bersalin melebihi 28 hari berturut-turut
vii) Gabungan cuti-cuti di atas melebihi 28 hari berturut-turut
viii) Cuti belajar bergaji penuh melebihi 92 hari.
Kadar bayaran ; RM200

Bayaran Insentif Pemulihan Khas bukanlah imbuhan tetap spt BISP.

BIMKC ( Bayaran Insentif Mengajar kanak-kanak cacat)

Elaun Murid Khas (EMK)
Obj: Memastikan prosedur pengurusan dan pembayaran EMK dilaksanakan ..
KadarEMK diluluskan oleh Lapran Bajet 2009 ialah RM150.00 ( 2004 - RM25 , 2007 - RM 50.00)
Syarat Kelayakan:
i) Warganegara Malaysia.
ii) Murid berkeperluan khas dibawah KMP merangkumisekolah-sekolah berikut:
a. Pra sekolah di Sekola Kerajaan danSek.Bantuan Kerajaan.
b. Sekolah-sekolah renah dan menengah erajaan dan bantuan kerajaan.
c. Sekolah Agama Bantuan Krajaan.

Tatacara Bayaran.
A. Pembayaran
-EMK dibayar melalui akaun bank murid.
-Pembayaran dibuat sekali setahun
- Jumlah bayaran kpd murid baru dikira berdasarkan tarikh pendaftaran sersekolahan dlm tahun semasa.
- Pemnayaran EMK ditamatkana sekiranya murid keluar / berhenti drp sekolah.
....

Peranan Sekolah
a.Menyediakan maklumat lengkap seperti dalam Lampiran A utk dipanjangkan kpd JPN sebelum atau pd tarikh berikut:
- 7 Februari - berdasarkan data murid pada 31 januari
- 7 Jun - berdasarkan data tambahan murid pd 31 Mei.
- 7 Oktober - berdasarkan data tambahan murid pd 30 Sept.
b. Memastikan setiap murid memiliki akaun simpanan di Bank Simpanan Nasional (BSN)
c. Menyimpan buku akaun murid utk tujuan kawalan. Pengeluaran hendaklah disertai borang permohonan ( Lampiran D)
d. Murid yg bertukar ke sekolah lain, sek terdahulu perlu menyatakan status penerimaan EMK dlm borang Permohonan Untuk Bertukat Sekolah Oleh Murid Warganegara (P.U(A)275)


Cth borang Lampiran A
Cth Borang Lampiran B
Cth Borang Lampiran C
Cth Borang Lampiran D

Pertanyaan:
1. Bayaran Insentif mengajar kanak-kanak cacat akan diberhentikan jika guru bersalin? Jawapan: Pekeliling Tahun 2005 menyatakan BIMKC perlu diberhentikan jika guru bersalin.
2Guru Pemulihan Khas tidak dibenarkan mengajar di PKBP dan sebaliknya.
Dalam kes diSK SYP1, Ketua Unit akan beurusan terus dengan pentadbir sekolah.

3 comments:

  1. salam..mana boleh saya dapatkan contoh borang2 elaun murid khas?

    ReplyDelete
  2. salam..sy guru prasekolah p.khas.. jika tiada murid saya diarahkan mengajar perdana dengan alasan perdna kurang guru.. soalan saya adakah saya masih layak mendapat elaun jika saya mengajar kelas pendidikan khas dan kelas perdana?

    ReplyDelete
  3. Boleh saya tahu sekolah yg ada pra pendidikan khas dia kawasan kajang?

    ReplyDelete